SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PKR TAIPING




selamt datang ke laman web Parti Keadilan Rakyat Taiping














































































































































































































































































































































































































































































































Sunday, July 25, 2010

ANWAR PERLU MEYATUKAN MELAYU TOLAK UMNO


Anwar perlu menyatukan Melayu untuk tolak UMNO



Kewibawaan Anwar Ibrahim telah terbukti apabila berjaya menyatukan parti-parti pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan UMNO-BN.Gabungan PAS-PKR-DAP hasil peranan dan usaha yang diketui Anwar telah membuahkan hasil yang menakjubkan.

Keputusan PRU-12 yang lepas memperlihatkan parti pemerintah yang diketuai UMNO telah mengalami prestasi terburuk apabila gagal memperolehi majoriti 2/3 dalam dewan rakyat dan kehilangan 5 negeri namun Perak berjaya dirampas semula oleh UMNO-BN apabila 3 ADUN PR melompat keluar menjadi BEBAS dan menyokong BN.
Kewibawaan Anwar ini membuatkan UMNO menjadi cacing kepanasan serta cemas akan kebangkitan semula Anwar dalam pentas politik tanahair.Maka untuk menghalang kamaraan tersebut UMNO terus tidak jemu dengan rancangan jahat mereka dengan mencipta pelbagai tuduhan sebagai sambungan konspirasi pertuduhan 1998.Namun keadaan sudah berubah rakyat sudah mula matang dan tidak mudah diperbodohkan dengan propaganda yang melampau terhadap Anwar.

Anwar tidak perlu menoleh kebelakang lagi untuk melayan kerenah-kerenah UMNO terhadapnya.Kewibawaan beliau dalam menyatukan PAS-PKR-DAP perlu digunakan pula untuk menyatukan seluruh orang Melayu bahawahan bagi menjatuhkan UMNO pada PRU-13 yang bakal berlaku tidak lama lagi.Tuduhan Anwar sebagai pengkhianat perlu dinyahkan dengan mengajak seluruh umat Melayu untuk bersama PR dalam PRU-13.Pengalaman dan kemampuan Anwar perlu dimanfaatkan dalam usaha menyatukan umat Melayu keseluruhannya.

UMNO sudah terlalu lama dan tua serta lapuk dalam arena politik negara. UMNO menjadi semakin tua dan nyayok bukan kerana usianya tetapi penyakit rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah berakar umbi dan sebati dalam kepimpinan UMNO.Kerana rasuah dan penyelewenganlah nasib dan masa depan Melayu dilihat telah gagal dan membimbangkan di bawah dasar-dasar UMNO yang hanya menguntungkan segelintir individu dan puak-puak sahaja. Malangnya Melayu kebanyakkan yang terus ketinggalan dan majoriti menjadi kaum yang miskin berbanding Cina dan India.

Oleh demikian Anwar perlu menyedarkan orang Melayu supaya keluar dalam dunia pemikiran UMNO yang sememangnya tidak menguntungkan orang Melayu sendir.Dasar yang lapok dan bertentangan dengan prinsip perjuangan untuk orang Melayu perlu ditinggalkan.Anwar perlu membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Melayu/Islam bahawa beliau bukanlah seperti yang difitnah oleh UMNO sejak 12 tahun yang lalu.Anwar bukan dalang perpecahan umat Melayu selama ini tetapi beliau hanya mengajak umat Melayu supaya menolak parti yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan yang boleh menghancurkan masa depan negara.

Anwar perlu berterusan untuk meyakinkan umat Melayu bawahan khususnya kawasan luar bandar untuk berani berubah menerima trend baru politik Melayu gabungan PAS-PKR-DAP yang lebih amanah dan bertanggungjawab dalam menggalas amanah dalam perjuangan terhadap Agama,Bangsa seterusnya Negara Malaysia yang bertuah ini.Nyahkan ayat hanya UMNO sahaja yang boleh membela Melayu...Takbir...

PM TABUR 50 K UNTUK AKHBAR-AKHBAR AMERIKA


Dari Malaysiakini
Oleh Steven Gan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar sebuah firma perunding politik yang berpangkalan di Washington RM50,000 (US$15,000) untuk membantunya memastikan rencana pendapat pengarang yang ditulisnya, diterbitkan di akhbar-akhbar utama di Amerika Syarikat.

Dan sekiranya hasil tulisannya itu disiarkan, maka perdana menteri akan mengeluarkan bayaran tambahan RM50,000 sebagai habuan untuk ‘yuran kejayaan’ kepada perunding berkenaan.

Perkara ini didedahkan menerusi dokumen yang difailkan di bawah Akta Pendaftaran Agen Asing oleh firma Quinn Gillespie & Associates (QGA), sebuah badan perunding perhubungan awam dan pelobi yang terkemuka di Washington DC.

Menurut dokumen yang diperolehi oleh Malaysiakini, QGA diberi tugas oleh sebuah lagi firma perunding, Kumpulan The Laurus, bagi cuba menyakinkan akhbar utama di Amerika bagi menyiarkan artikel Najib.

Kumpulan The Laurus, sebuah firma perhubungan awam yang diragui dengan laman webnya yang masih dalam pembinaan – juga diberikan tanggungjawab mengendalikan perkhidmatan perhubungan awam ketika lawatan seminggu Najib ke Washington DC dan New York dari 10 hingga 16 April tahun ini.

Najib, yang diiringi oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berjumpa dengan Presiden Amerika, Barack Obama pada 12 April lalu di Washington.

Pasangan itu kemudiannya berlepas ke New York bagi upacara penyampaian Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010 kepada Rosmah. Majlis gilang gemilang dan jamuan gala itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Hollywood. Continue reading ‘PM ‘Tabur’ RM50k Untuk Dapat Liputan Akhbar Amerika’

PAKATAN RAKYAT TAK AKAN BUBAR DUN JIKA PRU MEGEJUT


Pakatan Selangor tak akan bubar DUN jika BN panggil PRU tergempar
DUN Selangor tidak akan menurut sekiranya Perdana Menteri membubarkan Parlimen lebih awal.

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Pakatan Rakyat (PR) Selangor telah memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jikapun Barisan Nasioanl (BN) memanggil pilihan raya umum tergempar di peringkat pusat dalam waktu terdekat.

The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu dicapai oleh PR pada mesyuarat pimpinan negeri itu Isnin lalu.

PR Selangor mahu menggunakan tempoh mandat lima tahun sepenuhnya, tanpa mahu terikat dengan rentak BN bagi membolehkannya menunaikan janji-janji pilihan raya umum lalu.

Selangor salah satu daripada empat negeri yang kini diterajui PR. Tiga negeri yang lain ialah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri boleh memutuskan untuk memanggil pilihan raya negeri dengan memperoleh perkenan Sultan ataupun Yang Dipertua Negeri.

Perdana Menteri pula boleh berbuat demikian di peringkat pusat dengan menperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Lazimnya pilihan raya umum negeri dan pusat akan diadakan serentak.

Bagaimanapun pemerhati dan penganalisis menjangkakan kelainan ekoran perubahan landskap politik negara sejak 8 Mac 2008.

Ketua Penerangan PAS Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir ketika mengesahkan perkara itu berkata, PR memerlukan masa yang secukupnya memandangkan Umno-BN terus-menerus mendakwa pihaknya tidak melaksanakan program yang dijanjikan ketika kempen pilihan raya.

“Ya, memang kami sudah memutuskan perkara ini pada mesyuarat yang terbaru awal minggu ini... cuma Menteri Besar belum mengumumkannya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Dalam entri blognya semalam di bawah tajuk “Tidak ada kerjasama PAS-Umno di Selangor”, Roslan antara lain menulis, PR mempunyai banyak kerja yang perlu dibereskan selain memperkasakan ikatan PAS-DAP-PKR itu.

“Kerusi-kerusi yang kita kalah mahu kita tawan. Kita mahu meyakinkan para penyokong dan rakyat kita di Selangor bahawa cerita-cerita basi BN akan panggil pilihan raya awal langsung tidak menarik minat kita.

“Bubarlah Parlimen tetapi DUN Selangor akan kekal hingga ke akhir penggal,” kata beliau merujuk kepada kempen Umno-BN sejak kebelakangan ini bahawa PR Selangor telah gagal menunaikan janji-janji pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut Roslan berkata, memandangkan baru dua tahun PR memerintah Selangor, pihaknya memang memerlukan masa untuk melaksanakan program ekonomi dan sosial yang telah pun diatur.

“Kami tidak mahu terperangkap dengan langkah BN, yang didakwa akan memanggil pilihan raya lebih awal... kami akan meneruskan mandat semasa sekurang-kurangnya sehingga selesainya empat tahun pemerintahan.

“Kami memutuskan pilihan raya negeri hanya akan dipanggil selepas tahun keempat jika perlu, jika tidak kami akan melengkapkan tempoh lima tahun,” kata Roslan lagi.

Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu The Malaysian Insider bahawa PAS yang mengadakan sesi pemukiman di Port Dickson baru-baru ini telah mengambil pendirian untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akhir tahun ini.

“Kami punya kiraan ialah pilihan raya umum (kemungkinan) diadakan hujung tahun ini,” kata beliau.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider dua minggu lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau berharap kesemua negeri sama ada yang dipimpin BN ataupun PR akan mengadakan pilihan raya umum serentak.

Tanda dan bayangan pilihan raya umum tergempar mula muncul dengan Umno-BN memulakan serangan terhadap kerajaan negeri dengan memfokus isu pasir.

Semalam, Umno Selangor telah memulakan penganjuran 19 program ceramah sempena jelajah Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE), yang akan berlangsung hingga 8 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata, program ceramah itu merangkumi 19 bahagian Umno di negeri itu, bermula dengan Shah Alam.

Noh berkata, program SSDE fasa satu itu akan memberikan gambaran lebih jelas kepada rakyat Selangor mengenai isu-isu kontroversi termasuk membabitkan dakwaan penyelewengan anggota pentadbiran, tadbir urus anak syarikat yang buruk dan isu peribadi serta moral pemimpin kerajaan PR.


Share it with others

TERBOGEL JUGA AKHIRNYA


Terbogel Juga Akhirnya...

Watak Warak Saiful Akhirnya Terbongkar Hipokrit Jalin Hubungan Sulit Dengan PendakwA

SHAH ALAM 24 Julai - Dakwaan saksi utama kes Fitnah II, Mohd Saiful Bukhari Azlan terlibat dalam hubungan 'romantik'dengan salah seorang anggota pasukan pendakwa menyerlahkan perwatakan dan peribadi sebenar bekas pembantu Ketua Pembangkang tersebut yang menonjolkan imej baik dan warak sepanjang perbicaraan.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin, sikap hipokrit Saiful itu menguatkan lagi teori bahawa beliau sememangnya terlibat dengan konspirasi untuk menyumbat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam penjara Sungai Buloh bagi mematikan perjuangan Pakatan Rakyat.

"Sebelum ini, kesungguhan pihak pendakwaan dan media memberikan gambaran bahawa Saiful seorang yang kuat sembahyang sehingga 'dahinya hitam' nampaknya tidak benar sekali.

"Dakwaan ini sebenar menunjukkan watak sebenar Saiful yang sebelum ini dikatakan individu yang baik nampaknya menyimpang jauh.

"Selepas ini rakyat akan lebih percaya bahawa tuduhan itu hanya untuk menamatkan karier politik Anwar sekaligus untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," kata beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin semalam mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan pendakwaraya, sedang menjalin hubungan sulit dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar pada Jun 2008.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya akan diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Sementara itu, Mohd Yusof enggan mengulas sama ada sama ada anggota wanita itu akan digugurkan daripada pasukannya atau tidak.

Beliau kemudiannya menafikan dakwaan tersebut dengan alasan tidak tahu menahu berhubung tuduhan itu.

Walau bagaimanapun katanya lagi, beliau akan berbincang dengan pasukannya itu pada 2 Ogos ini sama ada anggota wanita itu akan dikekalkan bersama pasukannya itu.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Tambahnya, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes Fitnah II ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Saturday, July 24, 2010

JALAN KAN TANGGUNG JAWAB ANDA

CINTA SAIFOOL

HE..HE.....LAGI CINTA BUTA
Dakwaan ‘cinta’ Saiful, DPP hantui pasukan pendakwa kes liwat Anwar
Oleh Shazwan Mustafa Kamal
July 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Julai – Dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwa kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam hubungan 'romantik' dengan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan mula menghantui pendakwa raya, tetapi status staf muda berkenaan masih belum diputuskan.

Pasukan pendakwa raya belum memutuskan sama ada akan menggugurkan rakan mereka itu apabila perbicaraan disambung semula pada 2 Ogos ini.

Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin awal hari ini mendakwa seorang timbalan pendakwa raya wanita, yang merupakan anggota junior dalam pasukan mereka, sedang menjalin “hubungan romantik” dengan Saiful, yang mendakwa dia diliwat oleh Anwar Jun 2008.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menekankan bahawa sebarang keputusan sama ada anggota itu akan kekal dalam pasukannya boleh diketahui apabila kes disambung awal bulan depan.

Mohd Yusof enggan mengatakan sama ada anggota wanita itu akan digugurkan kelak.

“Saya tidak boleh mengatakan kepada anda buat masa sekarang. Saya tidak mendengar tentang dakwaan atau tuduhan ini.

“Bagaimanapun saya akan berbincang dengan pasukan saya dan kita akan melihat pada 2 Ogos ini sama ada dia akan bersama pasukan kami atau tidak,” kata Mohd Yusof kepada The Malaysian Insider.

Mohd Yusof menekankan, peranan staf itu adalah kecil memandangkan dia bukan “anggota rasmi” dalam pasukan itu apabila kes itu mula didengar.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada lapan anggota iaitu Mohd Yusof, Datuk Nordin Hassan, Mohamed Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Noorin Badaruddin, Mira Mirna Musa, Naidatul Athirah Azmad dan Farah Azlina Latif.

Saiful dan Farah belum dapat dihubungi untuk reaksi.

Kata Mohd Yusof, anggota itu hanya dibawa untuk membantu pasukannya bagi menguruskan data dan mengambil nota prosiding kerana seorang pendakwa raya telah meninggalkan pasukan itu.

“Jadi, saya tidak boleh mengatakan dia telah digugurkan daripada pasukan ini kerana dia sebenarnya bukan sebahagian daripada pasukan saya, tidak seperti (timbalan pendakwa raya) Noorin (Badaruddin) atau Wong (Chiang Kiat), atau diri saya.

“Dia dibawa untuk membantu tetapi kini kami ada sekurang-kurangnya tiga peguam yang boleh melakukan kerja-kerja menghimpunkan (data) dan kadangkala Noorin juga mengambil nota,” katanya.

Selain itu menurut beliau, anggota berkenaan juga pendakwa raya yang turut mengendalikan kes-kes lain.

“Jika kami memutuskan untuk tidak menyertakan dia dalam pasukan kami, ia adalah kerana kami boleh mengendalikan kes ini tanpa dia... ini kerana dia juga ada kes lain untuk dikendalikan,” kata Mohd Yusof lagi.

Mohd Yusof sambil berkata beliau tiada maklumat mengenai tuduhan terbaru ini, apa yang dilakukan oleh anggota pasukannya adalah urusan peribadi.

“Saya tidak periksa kehidupan peribadi mereka... jadi saya tidak tahu. Saya tidak boleh komen. Apakah anda boleh percaya Raja Petra? Dia selaku menyebarkan khabar angin,” katanya.

“Saya memberitahu anda yang ini... saya perlu menemui anggota pasukan saya (terlebih dahulu) dan saya akan kembali kepada anda. Bagaimanapun dia bukan bahagian penting dalam pasukan saya, dia hanya akan membantu kami bila kami memerlukannya,” tegas Mohd Yusof.

Pada 19 Julai lalu perbicaraan kes liwat Anwar, Ketua Pembangkang, ditangguhkan sehingga 2 Ogos selepas ketua pasukan pembelaan Anwar, Karpal Singh, memperolehi cuti sakit selama dua minggu.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, antara 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

OBOR KEADILAN GANTI SUARA KEADILAN

Obor Keadilan Dalam Pasaran Terus Dedahkan Kebobrokan Umno-BN

Oleh Fazli Othman

SHAH ALAM 24 Julai - Setelah terbitan akhbar tidak berkala pertama berjudul 'Keadilan' susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan, Parti Keadilan Rakyat telah menerbitkan akhbar tidak berkala bagi kali kedua yang dipanggil 'Obor Keadilan'.

Akhbar terbitan Angkatan Muda KEADILAN itu mula diedarkan ke seluruh negara sejak Selasa lalu.

Tajuk 'Selain Felda...BN Perah Petronas' mendedahkan kebobrokan kerajaan Umno-Barisan Nasional memaksa Petronas membayar RM30 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan negara walaupun keuntungan syarikat gergasi itu mengalami penyusutan ketara.

Selain itu, berita berhubung Felda terus dimuatkan apabila puluhan ribu keluarga peneroka Felda masih dibelenggui hutang dan berpendapatan rendah kerana terikat kepada syarat-syarat program tanam semula yang dikendalikan oleh anak syarikat, Felda Technoplant Sdn Bhd.

Manakala di muka belakang akhbar itu memaparkan berita yang bertajuk 'Badut Umno tuduh Anwar alat CIA' dimana media kawalan Umno diperalatkan bagi menggambarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan kononnya sanggup membayar stesen kabel televisyen CNN untuk menemuramah beliau.

Akhbar 24 mukasurat itu dijangka memenuhi hasrat parti untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai aktiviti serta ulasan isu terkini yang mempunyai kepentingan parti, rakyat dan negara.

Pihak KDN sebelum ini telah memberi amaran untuk mengambil tindakan terhadap parti dan pemimpinnya sekiranya KEADILAN berkeras untuk menerbitkan lidah rasmi yang telah digantung itu.

Tindakan KDN menggantung Suara Keadilan mempunyai hubungkait dengan artikel 'Felda Bankrap' yang disiarkan dalam keluaran 237 akhbar tersebut bertarikh 22-29 Jun lalu.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengugut dengan berkata akhbar itu mungkin menghadapi risiko ditutup terus jika berdegil menerbitkannya tanpa permit.

Walau bagaimanapun amaran dan ugutan tindakan undang-undang tidak sedikit pun mematah semangat KEADILAN untuk terus menerbitkan akhbar 'Obor Keadilan'.

"Parti akan terus terbitan akhbar tidak berkala sehingga pihak KDN dan Menteri hentikan sikap bermusuhan dengan Suara Keadilan dan sehingga kita perolehi permit penerbitan. Beri atau tidak beri parti akan terus dengan penerbitan akhbar. Tidak ada kompromi tentang itu," kata pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib.

SELAMAT KAN SELANGOR HENTAM ANWAR

--------------------------------------------------------------------------------

'Selamatkan Selangor' hentam Anwar, Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | 24 Jul, 10 2:26am
Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.

Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).

Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat.

Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya.

Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan.

Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi.

Bersumpah demi Allah

Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post.

Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar.

Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor.

"Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya.

Menyentuh soal Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.

Jenakakan KSSB, ejek Khalid 'gagap'

"Kenapa lapor Umno Selangor nak gaduh pasal isu pasir? Sebab tuan dia (Malaysiakini) sama kepala dengan Anwar Ibrahim," katanya sambil mengaitkan Malaysiakini dengan George Soros.

Turut berucap dalam program di perkarangan Tabika Kemas di Seksyen 17, Noh, Satim dan ketua penerangan Umno negeri Shukor Idrus.

Bagaimanapun, ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut banyak menyentuh isu pentadbiran pasir di negeri itu melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh kerajaan Selangor.

Bukan sahaja KSSB dijenakakan sebagai singkatan kepada 'Korek Selangor Sampai Berlubang dan Kebas Sebelum Selangor Berubah', Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga diejek sebagai gagap.

Malah Satim dan Shukor dalam ucapannya dilihat meniru gaya 'gagap' Khalid sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Malam tadi, program SSDE itu turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingg 8 Ogos ini.

MB SERAH BANTUAN KEPADA BALU HASMUZAIR

Sabtu, Julai 24, 2010
MB Selangor serah bantuan kepada balu Hasmuzair.

SHAH ALAM 23 Julai - Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan takziah kepada balu bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Nazylinda Abdullah dan juga kepada keluarga Allahyarham Hasmuzair Hassan, yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kampung Subang pada 17 Julai yang lalu.
"Pemergian Allahyarham Hasmuzair akan dirasai oleh Nazylinda dan tiga anak mereka. Parti juga kehilangan seorang pejuang reformasi yang begitu komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan," kata Khalid.

Beliau berkata demikian dalam sebuah majlis minum petang bersama Nazylinda Abdullah di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz (SAAS), semalam.

Terdahulu sebelum itu, selain bertanya khabar dan berkongsi kesedihan, Menteri Besar juga turut menyerahkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban Nazylinda dan sebagai tanda ingatan dari kerajaan Selangor atas pengorbanan dan jasa-jasa Allahyarham.

"Sumbangan ini tidaklah seberapa berbanding kesedihan yang dialami keluarga Allahyarham. Tetapi kita berharap ia mampu mengurangkan beban Nazylinda yang menjadi ketua keluarga selepas ini,” katanya.

Khalid menasihatkan Nazylinda tabah dan menerima kejadian ini dengan redha. Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya bersedia untuk membantu bagi memberikan harapan baru kepada keluarganya.

"Saya akan meminta pertolongan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membantu Nazylinda untuk mendapatkan pekerjaan di negeri kelahirannya, di Kedah. Bahkan ketiga-tiga anak Nazylinda lahir dan didaftarkan di Kedah dan sudah tentu layak menerima bantuan dari Kerajaan Kedah," kata Khalid.

Turut hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Lim Guan Eng memang celaka!!!
Posted by Love Perak | Saturday, July 24, 2010 | Pulau Pinang | 1 comments »
7
ShareKorang tengoklah...Lim Guan Eng bagi bantuan melebih-lebih pulak dekat rakyat pulau pinang... Tak guna betul... bikin puak2 umno panas je.. LGE bantu sikit2 sudah lah... jenuh umno memikir siang malam macam mana nak rampas pulau pinang balik... ketua menteri melayu kesayangan umno iaitu tuan haji koh tsu koon apa cerita sekarang kah kah kah

10 Agenda Perkayakan Rakyat

1. Negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) .

2. Memberi pengiktirafan dan penghargaan RM100 setahun kepada semua warga emas melebihi 60 tahun yang bermastautin di Pulau Pinang, bermula pada 20 Mac 2010.

3. Memberi RM1,000 kepada waris warga emas yang menjaga orang tua mereka, bermula pada pertengahan tahun 2010.

4. Memperuntukkan RM3 juta bagi pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin, terutamanya ibu-ibu tunggal.

5. Dalam tahun 2008-2009, memberi rebet bekalan air sebanyak RM100 sekeluarga untuk 170,000 buah keluarga susah yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM17 juta.

6. Rebet bekalan air sebanyak 50% bagi semua tempat tempat ibadat di Pulau Pinang.

7. Memperuntukkan RM10 juta untuk mengadakan Pusat Latihan dan Bantuan Kerjaya (CAT) bagi membantu mereka yang telah dibuang kerja atau mencari kerja.

8. Membatalkan semua saman dan kompaun meletak kereta dan lesen penjaja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) sebelum 8 Mac 2008.

9. Diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai 2010 dan

10. Menghulurkan bantuan kebajikan kepada mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam dalam tempoh 24 jam.

Keseluruhan dasar sila download dari SINI

EZAM TAK BOLEH HIDUP TANPA ANWAR


Ezam Tak Boleh Hidup Tanpa Anwar
Posted by Love Perak | Saturday, July 24, 2010 | Anwar | 0 comments »

Share

Oleh : Shalehudin

Itu adalah kenyataan. Tak siapa boleh nafikan ini, memang Ezam tak boleh hidup tanpa Anwar bin Ibrahim. Dia nak cari makan macamana kalau Anwar dah tak dak?


Semua orang tau cerita edisi meloya tekak ni. Cerita macamana dia gunakan nama Anwar demi kesenangannya bergerak baik di waktu dalam Umno sebelum Anwar dipecat, dan jugak didalam PKR sebagai ketua AMK. Malah dia masuk Umno pakai jalan belakang pun password dia 'bekas orang kanan Anwar'.


Cuba tengok apa yang depa panggil kononnya jelajah pertama 'Selamatkan Selangor', bermula dengan siri menghentam Anwar Ibrahim. Sapa dia kepala dia? Ezam Mohd Noor lagi. Sampai la ni, dah jadi orang kuat Umno pun dia masih kena bergantung atas nama Anwar Ibrahim. Ini lah hebatnya Anwar Ibrahim dalam diri Ezam. Dia kecam Anwar demi kesenangannya.


Aku percaya kalau Anwar ditakdirkan mati hari ni, esok mesti Ezam pulak ikut sama.